Make your own free website on Tripod.com
| Home | Fikir-fikirkan | Kos & Rawatan | Penerangan | Galeri Photo | Contact Us

Panjang & Besar

Fikir-fikirkan

sitidazelman.jpg

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
 
Kepada semua ahli yang telah menyertai group ini kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas sokongan anda walau apa sekalipun alasan atau sebab anda semua menyertainya kerana bagi kami itu semua adalah hak anda dan kami menghormatinya.
 
 
Dalam pemerhatian kami selama ini didapati banyak sungguh iklan-iklan yang menawarkan perkhidmatan seumpama ini....tetapi boleh dikatan kebanyakan mereka yang mendakwa boleh atau pakar dalam hal ini ( bukan semua ) adalah satu penipuan semata-mata kerana kenyataan atau cerita dan bukti-bukti yang ditunjukkan masih boleh dipertikaikan.
 
Bukanlah tujuan kami untuk mengatakan yang perkhidmatan kami ini yang terbaik, bagi kami tidak ada yang "terbaik" kerana pasti ada yang lebih baik dari yang terbaik, contohnya:
 
"cantik" atau "hodoh" , hari ini kita kata dan berpendapat dialah yang paling "cantik" atau "hodoh" dalam dunia, tetapi esok atau lusa kita akan pasti bertemu dengan orang yang lebih "cantik" atau "hodoh" dari yang kita jumpa sebelumnya,....Anda fikirkanlah contoh-contoh yang lain tu...
 
Dari segi kenyataan atau cerita memang sesiapa saja boleh memberi kenyataan atau bercerita, terpulang kepada kita semua untuk mempercayainya atau tidak, kami juga boleh memberikan kenyataan atau bercerita.
 
Dan kali ini kami serahkan bukti kepada anda untuk membuat penilaian akan kebenarannya....tetapi bagaimana pula dari sudut bukti? Ya! Cerita sahaja tak ada gunanya tanpa bukti.....Mereka boleh menyertakan dalam kenyataan mereka tentang komen-komen dari pelanggan mereka tentang betapa hebatnya dan baiknya perkhidmatan yang telah mereka berikan...
 
Kata-kata dari pelanggan bagi kami ianya boleh direka oleh si pengusaha, tidak pernah tersiar siapa sebenarnya pelanggan tersebut kerana tiada nama sebenar maupun nombor telefon yang dapat kita hubungi dan bertanyakan akan kebenarannya. Ini adalah mustahil kerana tiada siapa yang sanggup untuk memberi kenyataan, lebih-lebih lagi dengan orang yang mereka tidak kenal, kerana semua ini melibatkan kehidupan dan maruah seseorang.
 
Kami pernah cuba untuk mendapat kebenaran dari pelanggan kami tentang hal ini tetapi tidak seorang pun yang boleh bertahan lama dengan kerenah pemanggil-pemanggil meskipun ramai dikalangan pelanggan kami yang telah berjaya dengan rawatan kami.
 
Ada diantara mereka yang pada mulanya sanggup untuk bekerjasama mendedahkan identiti mereka, tetapi akhirnya menghubungi kami kemudian dan menyatakan tidak sanggup lagi diganggu oleh pemanggil-pemanggil yang bukan sahaja sekadar "nak tahu" tapi kebanyakan yang nak lebih dari itu....tidak kiralah pemanggil tersebut perempuan atau lelaki. ( Faham-faham jelah zaman sekarang ini bukan kira lelaki ke perempuan...)

Jadi demi permintaan dan keselesaan pelanggan kami itu, kami tidak berbuat demikian lagi, oleh sebab itu tiada gunanya kami menyertakan kenyataan-kenyataan dari pelanggan kami kerana ianya tidak dapat membuktikan apa-apa pun malah masih boleh dipertikaikan.
 
Bukan mereka tidak mahu membantu tetapi yang mereka sangka "tiada masalah" rupanya menjadi "masalag besar" pula, ada yang terpaksa menukar nombor telefon mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Kebanyakan dari pelanggan-pelanggan kami banyak menolong dengan cara mereka sendiri iaitu dengan memberitahu kepada seseorang yang mereka kenali dan yang mereka fikir perlu sahaja.
 
Bagi kami buktilah yang memainkan peranan untuk menguatkan dan ianya juga adalah bukti kepada sesebuah kenyataan atau cerita yang didakwa. Setelah mendapat bukti barulah kita dapat mempercayainya akan sesebuah kenyataan atau cerita tersebut....
 
OK, Kebanyakan Iklan pasti sedikit sebanyak akan menunjukkan hasil kepada apa yang mereka buat kononnya untuk memperkuatkan dan membuktikan lagi hujah-hujah yang telah mereka beri, dan kebanyakannya pasti juga akan menunjukkan gambar sebelum dan selepas rawatan tetapi kalau kita perhatikan dengan betul.
 
Contoh gambar sebelum: Banyak yang mengambil gambar dari jauh berbanding gambar selepas. Misalnya gambar sebelum diambil dari paras dada hingga kelutut, tetapi gambar selepas diambil dari pusat ke peha, memanglah nampak yang sebelum itu lebih kecil dari selepas.
 
Ada juga yang langsung tidak mempamirkan hasil rawatan mereka sendiri malah yang ada cuma cerita. Kemudian menunjukkan bahan-bahan yang digunakan, gambar-gambar yang diceduk dari Barat, alatan yang digunakan dan ada juga yang agak berani menunjukkan hasil diri sendiri ( tiada muka ) tetap tiada langsung sejarah sebelumnya.
 
Ini juga boleh dipertikaikan kerana mungkin hasil yang mereka perolehi tersebut dah sememangnya besar ( asal ).... Jadi sekadar nak buat cerita barang mereka besar adalah disebabkan produk yang mereka cadangkan kepada umum tu....
 
Macam artis-artis yang jadi duta kecantikan atau sesuatu produk tu la.....walhal kita dah tahu memang sejak mula lagi mereka dah sememannya cantik, kalau betul produk tu berkesan kenapa tak ambil orang-orang yang kita sudah sedia maklum tidak cantik atau gemuk untuk membuktikan akan keberkesanan produk mereka?
 
Oleh sebab itulah Dazelman hadir dipersada internet ini untuk membuka mata dan minda anda semua dan sedaya upaya menyiarkan perkara-perkara dan bukti-bukti yang boleh diterima akal sahaja.

Contohnya gambar sebelum dan selepas diri sendiri, cawangan-cawangannya dari pelanggan ( bukan seorang sahaja malah lebih dari sepuluh orang, tidak termasuk yang masih lagi belum disiarkan ) kerana sebelum ini ada desas-desus yang mengatakan gambar saya adalah "super impose picture".
 
Kalau bab itu kenalah datang ke tempat kami untuk memastikannya, kerana kami masih lagi menyimpan negatif-negatif berkenaan dan kalau nak jumpa dengan orang yang terbabit memproses gambar tersebut ( Foto ZOOM ) pun kami boleh bawa berjumpa dengannya, sebab sebelum menggunakan kamera digital, kami menggunakan khidmat mereka untuk memproses gambar kami.
 
Selain dari itu, bukti dalam bentuk rakaman pun ada dalam simpanan kami. Kalau anda ketempat menjual Pam Vakum di Wilayah Complex, para penjual minyak belacak Masjid India, anda mungkin pernah melihat gambar kami seperti yang tersiar diruangan photo group ini digunakan oleh mereka sebagai "result" yang kononnya produk yang mereka jual tuh boleh menghasilkan "result" sepertimana yang anda lihat itu.
 
Kalau anda ketempat penjual minyak belacak cuba anda tanyakan mana "result" sebelum mereka kerana yang ada cuma gambar mereka yang sudah berhasil sahaja.
 
Rakaman semasa mereka mendapatkan rawatan dari Dazelman juga masih ada dalam simpanan kami, kalau benar kami mendapatkan rawatan dari mereka, suruh mereka buktikan kerana bukti mereka datang mendapatkan rawatan dari kami memang banyak kami simpan.
 
Oleh itu kami nasihatkan kepada anda semua berhati-hati dan "fikir-fikirkan lah..."